Friday, October 16, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum kawan2 sume, saya Azizul Hafiz bin Azmi Murad dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Tujuan saya menulis blog ini adalah ingin berkongsi dgn anda semua tentang panduan mencari kawan. Sahabat yang saya hormati, mmg berkawan sudah menjadi amalan tradisi bagi kita semua sejak dahulu lagi. Dan kawan juga adalah insan paling berkuasa mempengaruhi kita selepas keluarga. Jadi tidak hairanlah jika saya katakan sekiranya seseorang itu diistilahkan seperti 'mati tanpa kawan'. Kawan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita, apatah lagi apabila kawan itu bisa mempengaruhi kita melebihi kedua orang tua kita. Namun demikian, seseorang itu perlulah bijak dlm memilih kawan kerana mereka mampu membawa kita ke lembah kebinasaan. Seharusnya kita menepati beberapa pra syarat bagi menjadikan kita sebagai seorang yg bijak dlm memilih kawan. Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang itu sanggup berkelahi hanya kerana berselisih faham dgn kawannya. Dan ada juga yg bisa menitiskan airmata disebabkan kawan. Ini membuktikan betapa kawan itu benar2 berkuasa dlm hidup kita. Jadi saya menulis blog ini adalah ingin menyeru anda agar bijak berkawan serta tahu menilai betapa pentingnya memilih kawan yg baik dan apa batas2 yg perlu kita patuhi dlm berkawan. Semoga kita dapat berkongsi sesuatu yg baik dalam ruangan ini. Anda juga boleh menyatakan pendapat anda sekiranya anda mempunyai buah fikiran yg bernas. Ingatlah, ilmu itu wajib kita sampaikan walaupun sekadar satu huruf. Wallahu A'lam bissowab